Butak (2020) -19,127

-19,127
Trailer

Nonton Film Butak (2020) Streaming Movie Sub Indo

Nonton Film Butak 2020 – 2020 pelayaran lagi menuju ke akhir tahun dan lebih banyak tempatan yang dikeluarkan di platform penstriman atas talian dan juga melalui syarikat penyiaran TV berbayar. Terbaharu, saluran Astro First Exclusive, filem Butak arahan Sabri Yunus telah menemui peminat pada tanggal 8 Oktober 2020 yang lalu. Mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja di sebuah kampung yang mana boleh dikatakan hampir seluruh penduduk kampung tidak senang dengan perangai dan tingkahlaku Butak yang nakal itu.

Sering beliau diherdik dan dimaki hamun oleh sesetengah penduduk kampung sehingga menjadikan beliau lebih bersifat memberontak dan tingkah lakunya tidak dapat dikawal. Namun, telah menjadi fitrah seorang manusia, meskipun sesebuah hati itu akan tersimpan rasa ingin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Butak dalam diam menyimpan perasaan untuk berubah dan melakukan ibadah haji di Kota Mekah dan melawat pusara ibunya di sana.

Walaupun Butak dipandang hina oleh orang kampungnya sendiri namun penjaganya tetap setia dan sabar menjaga dan mendidiknya. Filem ini berlatar belakangkan zaman dahulu kala dimana pada saat itu, perjalanan ke Mekah masih lagi menggunakan jalan air dengan menaiki kapal untuk berhari hari ini berbanding zaman sekarang yang cukup singkat melalui jalan udara dengan menaiki kapal terbang.

Download Film Butak (2020) Streaming Movie Sub Indo

Nonton Film Butak 2020 – Pujian harus diberikan kepada pihak produksi kerana usaha mereka dalam memastikan setiap kontinuiti dalam file yang dipertahankan untuk tidak mencacatkan atmosfera filem ini sendiri secara visual. “Color grading” yang diberikan dengan visual sedikit kusam dan kekuningan tambahkan lagi “feel” semasa menonton filem Butak ini pula dengan penggunaan loghat yang pastinya bukan loghat yang biasa kita dengar dalam pertuturan harian dan perkara ini ditambahkan lagi keunikan filem ini.

Akan tetapi perjalanan cerita yang dilihat sedikit rapuh menambahkan beberapa “momen” yang berulang dalam filem ini dan mungkin akan menimbulkan masalah di minda penonton “sampai bila benda ni nak berterusan?” sepertimana yang membuat oleh saya sendiri sewaktu menonton Butak ini. Walaupun begitu, kualiti lakonan yang diberikan oleh para pelakon dalam filem ini sendiri sudah semestinya tidak dapat disangkal lagi kehebatannya. Kepada yang menontonnya maklum bahawa watak utama dalam file ini kurang berdialog akan tetapi “bahasa tubuh” yang dituturkan sudah cukup memberi satu gambaran tentang watak Butak itu sendiri.